Biasa aku dengar pepatah "Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima...", dalam minggu ini aku ditugaskan untuk mengutip dana bagi Kembara Kemboja yang bakal berangkat ke Kemboja pada 14 November nanti. Antara yang dilakukan selain memohon sponsorship dari syarikat-syarikat dan juga beberapa jabatan kerajaan, kutipan derma secara individu turut dilakukan. Itu tugasan aku minggu ini, namun bukan itu sebabnya post ini.
Dalam sedap menikmati makanan di Restoran Rahmat dihadapan Shahputra Village lalu datang seorang budak perempuan dengan beg sandang serta bertudung cantik - aku memandang kearahnya - budak tersebut menghulurkan resit "PUSAT TAHFIZ AMAL" yang beralamatkan di Alor Star, Kedah dan memulakan bicaranya "Asalamualaikum, bang mintak derma untuk pusat tahfiz kami di Kedah...", aku diam dan hanya memandang, "berapa pun tak apa..." sambungnya lagi. Lalu aku membuka dompet dan memberikan wang kertas RM5.
Ia tidak habis di situ sahaja, dengan carian Google aku mencari katakunci "PUSAT TAHFIZ AMAL", maka bertemulah aku dengan pelbagai hasil carian. Antaranya di Blog Mazidul, aku dapati ramai yang turut didatangi dari pihak yang sama - bezanya ada yang menjual, ada yang hanya meminta derma. Produk yang dijual oleh mereka adalah dari pihak yang sama, minuman Pati Minda Sakti, CD nyanyian - yang penting bersama satu tanda niaga iaitu SM. Amin.
Aku tak mahu keluarkan apa-apa soalan atau apa-apa penafian kerana terlampau banyak yang telah dipersoalkan oleh orang lain. Google sahaja "Pusat Tahfiz Amal" dan tidak jauh bezanya keputusan cariannya dengan "SM. Amin".
Siapa SM. Amin??? Tokei besar? Pengurus Pusat Tahfiz Amal? ataupun Orang kaya besar??? Siapa yang menjual dan meminta derma itu sebenarnya??
Foto diambil dari,
http://www.catzer.com/kelirunya-aku.html
http://mohdazri.blogspot.com/2009/10/pusat-tahfiz-amal.html

![]() |
| Produk Jualan Tahfiz? |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan